Sunday, 2 October 2011

LoYa ~



Jauh semakin jauh. Cuaca berubah dengan tiba-tiba. Angin lintang bertiup kencang menyingkap selimut-selimut yang menyembunyikan perkara-perkara yang tersimpan.  Tersingkap selimut nipis menerangkan perkara-perkara yang samar.  Tersingkap selimut tebal terbuka perkara yang langsung tidak pernah kelihatan.


Di dalam kesungguhan aku mencapaikan cita-citanya yang tidak pernah tertunai (malah mungkin tidak akan tertunai), terbuka satu demi satu selimut nipis lalu menunjukkan lakunya ketika kejayaan semakin nyata di hadapan. Dan di puncak kejayaan, selimut tebal tersingkap menunjukkan kebenarannya. Dirinya, langsung tidak aku kenali.  Tiada lagi pertolongan-pertolongan diperlukan.  Tiada lagi keluh kesah kedengaran.  Langkah dan nadanya menjadi sombong.  Pemain-pemain wayang ditukar ganti dan aku hilang dari pentas permainan.  


Kini, aku cuma penonton ceritanya yang semakin gah. ~loya melihat drama.  mungkin puas sudah menjadikan aku batu loncatan. sedih.


* Sentap di suatu ketika, kerana tidak ada riak risau mahupun kesungguhan menghulur bantuan di kala ketidakpastian maut itu mungkin milikku. Mohon dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.


[keterangan gambar : Bunga lalang di Broga, 2011]

Friday, 30 September 2011

LaMa ~TeRKuRuNG




Lama berfikir akan perkara yang tidak terancang akal dan perasaan.  Pernah aku menolak untuk menerima dia lebih dari teman biasa (sungguhpun ianya tidak pernah terucap).  Pernah aku menafikan kepada yang berada di sekeliling bahawa mereka salah kerana "Tak.  Dia memang macam tu larrr".

Dalam diam, terus  dan masih berkawan sehingga tempohnya sudah mengjangkau bertahun-tahun.  Jarang sekali berenggang kerana tali pengikatnya bersilang-silang menyimpul.  Jarang juga untuk lepas lari kerana dalam diam juga rupanya perhubungan telah menjadi drama tontonan umum yang punya banyak pengikut. 

Memikir adakah harus terus begini.. ~Bingung kerana persoalan belum terjawab sedang di rumah dan semua yang mengenali mengatakan Ya.

[keterangan gambar :  "JaLaN MaTi" ~ Kuantan, 2011]