Showing posts with label PHoTo ~ FLoRa. Show all posts
Showing posts with label PHoTo ~ FLoRa. Show all posts

Sunday, 2 October 2011

LoYa ~



Jauh semakin jauh. Cuaca berubah dengan tiba-tiba. Angin lintang bertiup kencang menyingkap selimut-selimut yang menyembunyikan perkara-perkara yang tersimpan.  Tersingkap selimut nipis menerangkan perkara-perkara yang samar.  Tersingkap selimut tebal terbuka perkara yang langsung tidak pernah kelihatan.


Di dalam kesungguhan aku mencapaikan cita-citanya yang tidak pernah tertunai (malah mungkin tidak akan tertunai), terbuka satu demi satu selimut nipis lalu menunjukkan lakunya ketika kejayaan semakin nyata di hadapan. Dan di puncak kejayaan, selimut tebal tersingkap menunjukkan kebenarannya. Dirinya, langsung tidak aku kenali.  Tiada lagi pertolongan-pertolongan diperlukan.  Tiada lagi keluh kesah kedengaran.  Langkah dan nadanya menjadi sombong.  Pemain-pemain wayang ditukar ganti dan aku hilang dari pentas permainan.  


Kini, aku cuma penonton ceritanya yang semakin gah. ~loya melihat drama.  mungkin puas sudah menjadikan aku batu loncatan. sedih.


* Sentap di suatu ketika, kerana tidak ada riak risau mahupun kesungguhan menghulur bantuan di kala ketidakpastian maut itu mungkin milikku. Mohon dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.


[keterangan gambar : Bunga lalang di Broga, 2011]

Monday, 26 September 2011

ALoNe ~SuRaM


Malam tadi hujan lebat.  Lena aku tidur, rasanya larrr kan?! Hahaha...  Bangun pagi pun awal, dan seperti kebiasaannya seperti hampir 400 hari aku di Bandar ini, penuh rasa longlai untuk aku bangun dari perbaringan.  Bukan kerana sedapnya empuk tilam dan gebunya bantal sebagai alasan, tetapi kerana hati ku masih belum juga bertemu dengan Bandar ini.  Hanyasa kewajipan mencari bekalan sesuap nasi untuk kehidupan ku sekarang dan masa yang akan datang, maka aku bertahan.  Gagah juga aku bangun, biarpun lambat.  Mood ~ ada aku kisah bila orang lain juga tidak kisah???

[keterangan gambar : Flora Fest Putrajaya 2011]

Friday, 23 September 2011

BuLuH ~ MeNaNTi


Buluh, ceritanya buluh biasanya timbul masa-masa nak raya.  Masa tu, buluh menjadi rebutan nak buat lemang...  Kira-kira buluh ni memang hot stuff larrrrr...  Habis raya, macam ni larrr tinggalnya buluh di hutan ~ MeNaNTi.

[keterangan gambar : erk?! ~ ni pokok buluh lemang ke??? Hahaha....]