Sunday, 2 October 2011

LoYa ~



Jauh semakin jauh. Cuaca berubah dengan tiba-tiba. Angin lintang bertiup kencang menyingkap selimut-selimut yang menyembunyikan perkara-perkara yang tersimpan.  Tersingkap selimut nipis menerangkan perkara-perkara yang samar.  Tersingkap selimut tebal terbuka perkara yang langsung tidak pernah kelihatan.


Di dalam kesungguhan aku mencapaikan cita-citanya yang tidak pernah tertunai (malah mungkin tidak akan tertunai), terbuka satu demi satu selimut nipis lalu menunjukkan lakunya ketika kejayaan semakin nyata di hadapan. Dan di puncak kejayaan, selimut tebal tersingkap menunjukkan kebenarannya. Dirinya, langsung tidak aku kenali.  Tiada lagi pertolongan-pertolongan diperlukan.  Tiada lagi keluh kesah kedengaran.  Langkah dan nadanya menjadi sombong.  Pemain-pemain wayang ditukar ganti dan aku hilang dari pentas permainan.  


Kini, aku cuma penonton ceritanya yang semakin gah. ~loya melihat drama.  mungkin puas sudah menjadikan aku batu loncatan. sedih.


* Sentap di suatu ketika, kerana tidak ada riak risau mahupun kesungguhan menghulur bantuan di kala ketidakpastian maut itu mungkin milikku. Mohon dijauhkan perkara-perkara yang tidak baik.


[keterangan gambar : Bunga lalang di Broga, 2011]

Friday, 30 September 2011

LaMa ~TeRKuRuNG




Lama berfikir akan perkara yang tidak terancang akal dan perasaan.  Pernah aku menolak untuk menerima dia lebih dari teman biasa (sungguhpun ianya tidak pernah terucap).  Pernah aku menafikan kepada yang berada di sekeliling bahawa mereka salah kerana "Tak.  Dia memang macam tu larrr".

Dalam diam, terus  dan masih berkawan sehingga tempohnya sudah mengjangkau bertahun-tahun.  Jarang sekali berenggang kerana tali pengikatnya bersilang-silang menyimpul.  Jarang juga untuk lepas lari kerana dalam diam juga rupanya perhubungan telah menjadi drama tontonan umum yang punya banyak pengikut. 

Memikir adakah harus terus begini.. ~Bingung kerana persoalan belum terjawab sedang di rumah dan semua yang mengenali mengatakan Ya.

[keterangan gambar :  "JaLaN MaTi" ~ Kuantan, 2011]

Tuesday, 27 September 2011

HaMPiR TeLaGaH


Beberapa hari kebelakangan ini bukanlah hari-hari yang baik untuk aku, mahupun buat seorang teman ku di sini.  Masing-masing punya masalah yang sendiri.  Masing-masing juga memerlukan teman untuk meluah rasa.  Dia punya aku dan aku hanya punya dia di sini.  Hari ini, keadaan makin gawat lantaran masing-masing belum dapat menyelesaikan perkara yang menyekat di dada.

Perkara yang remeh menjadi begitu sensitif.  Mungkin remeh pada aku, tidak pada teman ku.  Hal yang demikian sebaliknya juga.  Perkara yang biasa menjadi perkara yang sangat luar biasa. Ahhhh.... semuanya boleh jadi dalam keadaan begini..

Mujur atas memahami masing-masing kami mampu duduk membacuh air minum petang bersama walaupun akhirnya bersurai dalam keadaan 'ungu suram' masih bersarang di kepala.  Mood ~ARGHHHHHHHHhhhh...

[keterangan gambar : Bara bakar lemang, Aug. 2011]

Monday, 26 September 2011

ALoNe ~SuRaM


Malam tadi hujan lebat.  Lena aku tidur, rasanya larrr kan?! Hahaha...  Bangun pagi pun awal, dan seperti kebiasaannya seperti hampir 400 hari aku di Bandar ini, penuh rasa longlai untuk aku bangun dari perbaringan.  Bukan kerana sedapnya empuk tilam dan gebunya bantal sebagai alasan, tetapi kerana hati ku masih belum juga bertemu dengan Bandar ini.  Hanyasa kewajipan mencari bekalan sesuap nasi untuk kehidupan ku sekarang dan masa yang akan datang, maka aku bertahan.  Gagah juga aku bangun, biarpun lambat.  Mood ~ ada aku kisah bila orang lain juga tidak kisah???

[keterangan gambar : Flora Fest Putrajaya 2011]

ALoNe ~MeNuNG


Buka blog baru, lepas tu nak jiwang-jiwang pula ya?! Hadeiiii.... Tempat aku sekarang, macam batang kayu nan sedahan erk(?) (dah tu sebatang?) fiu fiuuuuuuuu.... Kering, sunyi tapi masih bertahan selagi mampu....  Mood ~ MeNuNG :(

[keterangan gambar : menjelang senja di Taman Botani]

Friday, 23 September 2011

BuLuH ~ MeNaNTi


Buluh, ceritanya buluh biasanya timbul masa-masa nak raya.  Masa tu, buluh menjadi rebutan nak buat lemang...  Kira-kira buluh ni memang hot stuff larrrrr...  Habis raya, macam ni larrr tinggalnya buluh di hutan ~ MeNaNTi.

[keterangan gambar : erk?! ~ ni pokok buluh lemang ke??? Hahaha....]

oKiD PuRPLe a.k.a oKiD uNGu


oKiD, nama yang paling mudah dan bertepatan bagi menggambarkan aku.  oKiD membawa makna dan kisah yang tersendiri dalam hidup aku.  Kisah yang panjang, namun biar itu disimpan terus menjadi rahsia...  Aku mahu memandang kehadapan dan mencapai cita-cita yang lebih besar :D

biLa HiLaNG aKu DiSiNi
** mohon sHHHhhhHhhh