Lama berfikir akan perkara yang tidak terancang akal dan perasaan. Pernah aku menolak untuk menerima dia lebih dari teman biasa (sungguhpun ianya tidak pernah terucap). Pernah aku menafikan kepada yang berada di sekeliling bahawa mereka salah kerana "Tak. Dia memang macam tu larrr".
Dalam diam, terus dan masih berkawan sehingga tempohnya sudah mengjangkau bertahun-tahun. Jarang sekali berenggang kerana tali pengikatnya bersilang-silang menyimpul. Jarang juga untuk lepas lari kerana dalam diam juga rupanya perhubungan telah menjadi drama tontonan umum yang punya banyak pengikut.
Memikir adakah harus terus begini.. ~Bingung kerana persoalan belum terjawab sedang di rumah dan semua yang mengenali mengatakan Ya.
[keterangan gambar : "JaLaN MaTi" ~ Kuantan, 2011]

