Tuesday, 27 September 2011

HaMPiR TeLaGaH


Beberapa hari kebelakangan ini bukanlah hari-hari yang baik untuk aku, mahupun buat seorang teman ku di sini.  Masing-masing punya masalah yang sendiri.  Masing-masing juga memerlukan teman untuk meluah rasa.  Dia punya aku dan aku hanya punya dia di sini.  Hari ini, keadaan makin gawat lantaran masing-masing belum dapat menyelesaikan perkara yang menyekat di dada.

Perkara yang remeh menjadi begitu sensitif.  Mungkin remeh pada aku, tidak pada teman ku.  Hal yang demikian sebaliknya juga.  Perkara yang biasa menjadi perkara yang sangat luar biasa. Ahhhh.... semuanya boleh jadi dalam keadaan begini..

Mujur atas memahami masing-masing kami mampu duduk membacuh air minum petang bersama walaupun akhirnya bersurai dalam keadaan 'ungu suram' masih bersarang di kepala.  Mood ~ARGHHHHHHHHhhhh...

[keterangan gambar : Bara bakar lemang, Aug. 2011]

Monday, 26 September 2011

ALoNe ~SuRaM


Malam tadi hujan lebat.  Lena aku tidur, rasanya larrr kan?! Hahaha...  Bangun pagi pun awal, dan seperti kebiasaannya seperti hampir 400 hari aku di Bandar ini, penuh rasa longlai untuk aku bangun dari perbaringan.  Bukan kerana sedapnya empuk tilam dan gebunya bantal sebagai alasan, tetapi kerana hati ku masih belum juga bertemu dengan Bandar ini.  Hanyasa kewajipan mencari bekalan sesuap nasi untuk kehidupan ku sekarang dan masa yang akan datang, maka aku bertahan.  Gagah juga aku bangun, biarpun lambat.  Mood ~ ada aku kisah bila orang lain juga tidak kisah???

[keterangan gambar : Flora Fest Putrajaya 2011]