Malam tadi hujan lebat. Lena aku tidur, rasanya larrr kan?! Hahaha... Bangun pagi pun awal, dan seperti kebiasaannya seperti hampir 400 hari aku di Bandar ini, penuh rasa longlai untuk aku bangun dari perbaringan. Bukan kerana sedapnya empuk tilam dan gebunya bantal sebagai alasan, tetapi kerana hati ku masih belum juga bertemu dengan Bandar ini. Hanyasa kewajipan mencari bekalan sesuap nasi untuk kehidupan ku sekarang dan masa yang akan datang, maka aku bertahan. Gagah juga aku bangun, biarpun lambat. Mood ~ ada aku kisah bila orang lain juga tidak kisah???
[keterangan gambar : Flora Fest Putrajaya 2011]

2 comments:
terkenang dialog mudah (skrip arwah yasmin ahmad) dari filem Sepet. Pada babak perbualan orkid bersama teman baiknya,
"you like what u like laa..."
dan aku juga.. :)
Hahahahaa.....
Koishie,
Kamu buat saya tersenyum pagi ini. Terima kasih :)
Post a Comment